
Berita penting untuk lepasan SPM, STPM dan setaraf β Permohonan UPUOnline bagi kemasukan Sesi Akademik 2026/2027 kini rasmi dibuka untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).
Ini merupakan laluan utama sambung belajar di institusi awam. Salah isi atau terlepas tarikh boleh menyebabkan calon terlepas peluang setahun.
π Institusi Yang Ditawarkan Melalui UPUOnline
Permohonan ini melibatkan kemasukan ke:
- Universiti Awam (UA)
- Politeknik
- Kolej Komuniti
- Institusi Pendidikan Tinggi MARA (BPT)
ποΈ Tarikh Penting Permohonan UPUOnline
π Lepasan SPM (Fasa Permohonan)
- Buka: 29 Januari 2026 (Khamis) β 12.00 tengah hari
- Tutup: 23 Mac 2026 (Isnin) β 5.00 petang
π Lepasan STPM / Setaraf
Fasa 1
- Buka: 29 Januari 2026 β 12.00 tengah hari
- Tutup: 23 Mac 2026 β 5.00 petang
Fasa 2
- Buka: 13 April 2026 β 12.00 tengah hari
- Tutup: 15 Mei 2026 β 5.00 petang
β οΈ Nota penting:
Program pengajian bertuduga dan/atau ujian tidak ditawarkan pada Fasa 2.
π Siapa Yang Layak Mohon?
β Lepasan SPM
- SPM 2025, 2024 & 2023
β Lepasan STPM / Setaraf
- STPM 2025
- Matrikulasi KPM
- Asasi Sains UM / Asasi Sains Sosial UM
- Asasi Pintar UKM
- Asasi UIAM
- Asasi Teknologi Kejuruteraan
- STAM 2025 & 2024
- Diploma / setaraf
- A-Level / IB / Foundation / AUSMAT / SAM / CPU
- Diploma UA / Politeknik / Kolej Komuniti
π Pembelian Nombor PIN UPUOnline
Nombor PIN wajib dibeli sebelum mohon.
ποΈ Tempoh: 28 Januari 2026 β 15 Mei 2026
π° Harga: RM10.60
π Boleh dibeli melalui Bank Simpanan Nasional (BSN):
- Kaunter cawangan BSN
- ATM BSN
- Perbankan Internet MyBSN
π Pautan Rasmi Permohonan
β οΈ Peringatan Penting Untuk Calon
β Jangan tunggu saat akhir
β Jangan isi ikut kawan semata-mata
β Jangan abaikan syarat khas kursus
βοΈ Susun pilihan ikut minat + kelayakan + peluang
βοΈ Semak syarat setiap program sebelum submit
π Kenapa UPUOnline Sangat Penting?
UPUOnline menentukan hala tuju pendidikan & kerjaya lepasan sekolah. Ramai calon gagal bukan sebab keputusan rendah, tetapi sebab tersalah strategi memilih kursus.
Kalau ada:
π anak
π adik
π pelajar sekolah
π lepasan SPM / STPM
WAJIB kongsi info ni.
